Pages

17 September 2011

HOME

Nama Syarikat : Ana Edar Sdn. Bhd.

No. Pendaftaran : 248768X
No. Akta Jualan Langsung (AJL) : AJL 93346
Tahun ditubuhkan : 1993
Alamat : No. 9 Jalan 6, Taman Batu off Greenwood Park, 68100 Batu Caves, Selangor
No. Tel : 03-61890484/85
Fax : 03-61871530
Email : info@anaedar.com
Modal dibenarkan : RM 5,000,000.00

Modal berbayar : RM 1,500,000.00


Syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1993 untuk membenarkan barangan Ana diedarkan oleh warga Ana untuk warga Ana secara Pasaran Berbilang Tingkat atau "Multi Level Marketing".

Produk jenama Ana mula dipasarkan sejak tahun 1983 lagi. Rangkaian barangan muslim ini lahir hasil daripada rasa keprihatinan Allahyarham Othman b. Omar dan isteri beliau Hajjah Esah bt. Omar untuk memenuhi keperluan umat Islam khususnya bagi mendapatkan produk yang suci dari sudut syara' serta bermutu tinggi. 



Hari ini, Syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. menawarkan lebih 50 produk dalam berbagai bidang termasuk penjagaan diri, kecantikan, mandian, perkakasan, makanan dan juga minuman. Perniagaan dijalankan secara 'multi-level marketing' atau pasaran berbilang tingkat, yang bertujuan memberi pulangan semaksima mungkin kepada para ahli/pengedar, dan pada masa yang sama memenuhi keperluan harian umat Islam.

Falsafah Perniagaan dan Kekuatan Ana Edar Sdn. Bhd. 










Sesuai dengan falsafah perniagaan Islam, Ana Edar Sdn. Bhd. sentiasa menekankan keperluan mempertingkatkan ekonomi ummah melalui perniagaan yang bersih, halal dan urusniaga yang kompeten dan ikhlas. 









Ana Edar mengajak anda menjadi sebahagian daripada warga keluarga Ana sama ada sebagai pengguna, pengedar/ahli atau stokis, dan sama-sama berjuang memajukan ekonomi umat Islam. Semoga Allah sentiasa memberkati usaha kita. 











Pengalaman Lebih 18 Tahun dalam MLM

Syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. kini sudah menimba hampir 18 tahun pengalaman dalam perniagaan pasaran berbilang tingkat atau 'multi level marketing'. Pengalaman ini amat penting dan bermakna bagi memastikan syarikat terus beroperasi dengan lancar dan sesuai dengan aspirasi para ahli.

Perniagaan tanpa Riba' & Menuju ke arah IMP




Syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. tidak terlibat dengan perniagaan berteraskan riba' mahupun apa-apa pinjaman yang melibatkan faedah. Segala urusan dijalankan secara tunai dan hal ehwal perbankan syarikat dijalankan di Bank Islam Malaysia Berhad. Syarikat Ana Edar S/B juga kini mengambil langkah-langkah positif ke arah menggunakan piawaian IMP (Islamic Manufacturing Practice) untuk pengeluaran barang untuk memastikan produk yang halaalan serta thoyyiba.





Sistem Berkomputer Sepenuhnya

Semua transaksi urusniaga di ibupejabat seperti pengiraan bonus, rekod pengedar dan inventori stokis dilakukan dengan komputer sepenuhnya. Ini membolehkan penyelarasan dan pengeluaran cek bonus dilakukan dengan cepat dan efisien. Sistem berkomputer ini juga membolehkan para pengedar membuat semakan terhadap jumlah mata, rekod bonus, jumlah lantikan dan sebagainya.




Kemudahan Sistem Online

Ana Edar Sdn. Bhd. terus melangkah ke hadapan dengan mewujudkan sistem online yang membolehkan para ahli membuat transaksi serta beberapa urusan lain melalui internet. Antara perkhidmatan yang sudah siap beroperasi ialah :








Menghantar bil belian (stokis) secara online

Produk Bermutu pada Harga Berpatutan

Produk jenama Ana sudah wujud di pasaran sejak tahun 80an dan ini membuktikan permintaan yang baik terhadap barangan Ana. Syarikat sentiasa prihatin tentang kualiti produk yang dipasarkan agar memenuhi permintaan orang ramai. Harga barangan juga dipantau supaya sentiasa berpatutan kerana Syarikat berpegang kepada prinsip bahawa barangan berkualiti tidak semestinya mahal dan membebankan ahli mahupun pengguna.


PRODUK TERLARIS KELUARAN ANA EDAR






QASEH KEKANDA & QASEH ADINDA




Sabda Rasulullah s.a.w....

"Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". Riwayat Baihaqi

Jus Qaseh ini disediakan oleh tangan-tangan yang menjunjung syahadah dengan penuh tanggungjawab, hemah dan tatasusila Muslim yakni tunduk dan patuh pada hukum syara' dalam memelihara kesucian murni melalui Amalan Pengilangan Islam (Islamic Manfacturing Practice atau IMP)

Formulasi makanan sunnah Jus Qaseh ini diperkasa dengan bacaan Nur Qaramah Ayatul Quranul Karim serta doa-doa Al Hadis bagi mengukuhkan zarah adunan ini.
KANDUNGAN
--------------------------------------------------------------------------------
Jus Qaseh Kekanda dan Adinda memuatkan khazanah-khazanah alam berikut dalam satu formulasi istimewa. Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam jus ini adalah:

Jus Kurma
Madu
Air Zam-zam
Buah Tiin
Buah Zaiton
Habbatus Sauda'
Za'faran
Gingko Biloba
Sirih

dan juga ramuan khusus terpilih - untuk lelaki (Jus Qaseh Kekanda) dan wanita (Jus Qaseh Adinda).

Ringkasan Manfaat

Tubuh kita asalnya bersih dan sihat namun hari demi hari kita terdedah kepada persekitaran dan budaya pemakanan yang memudaratkan dalam keadaan kita leka dan lalai. Hasilnya hari ini penyakit-penyakit kronik kini mudah menjangkiti anak-anak muda akibat situasi tersebut. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga bersabda, yang bermaksud: "Wahai orang beriman, makanlah makanan yang bersih daripada apa yang dikurniakan kepada kamu" (Hadis Riwayat Muslim).

Gabungan intipati Qaseh merupakan gabungan makanan sunnah dan herba tempatan yang melengkapi keperluan tubuh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ia meliputi keperluan kepada sistem dan fungsi tubuh itu sendiri dari:

Darah
Mengimbangi kepekatan darah dalam tubuh agar tidak terlalu pekat serta mudah dihantar ke seluruh anggota tubuh.

Saraf
Apabila darah mudah dihantar ke seluruh anggota maka saluran saraf juga akan berkembang dengan baik tidak lagi sempit kerana darah juga membekalkan oksigen.

Otak
Otak lebih cerdas dan daya ingatan lebih mantap kerana darah membekalkan oksigen lebih banyak. Lebih-lebih lagi bagi anda yang banyak menggunakan tenaga otak seperti jurutera dan seumpanya.

Jantung & Paru-Paru
Jantung lebih sihat kerana tidak dibebani dengan darah yang terlalu pekat. Paru-paru lebih rehat.

Usus
Bekerja dengan lebih baik apabila makanan lebih mudah dicernakan dan lebih rehat. Masalah buasir dapat dijauhi.

Buah Pinggang
Menapis dengan lebih efektif kerana bekalan darah dan oksigen yang lancar. Dan menyalurkan toksin dan sisa ke bahagian pencernaan dengan lancar.

Kulit
Kulit lebih segar dan sihat apabila mikro-saraf menerima darah dan oksigen dengan banyak. Luka mudah pulih dan parut menjadi minima.

Rambut
Lebih kuat dan tidak mudah gugur kerana kulit kepala yang sihat.
Mata, Telinga, Hidung dan Rongga Pernafasan.
Penglihatan dan pendengaran lebih tajam dan deria bau lebih peka. Hidung juga sukar dijangkiti penyakit dari kesan pendedahan kepada pencemaran habuk, debu dan kotoran lain. Bakteria sukar menjangkiti saluran nafas dari kerongkong hingga ke paru-paru.

Rahim
Lebih selesa mengikut situasi semasa. Kitaran haid lebih teratur. Menjauhi keputihan kerana fungus dan bakteri sukar menjangkiti. Jika hamil, rahim akan lebih relaks dan fleksibel bergantung kepada pembesaran kandungan.

Tulang & Sendi
Tulang lebih teguh dan kukuh. Tidak mudah rapuh. Bekalan kalsium yang diperolehi, semasa ke semasa dari pemakanan ini. Sendi lebih kuat dan sihat.

Ibu Hamil
Lebih bertenaga untuk kekuatan ibu seharian dan pada waktu melahirkan menggantikan darah serta tenaga yang hilang. Anak dalam kandungan lebih tenang kerana zat yang cukup.

Organ Dalaman Lelaki dan Wanita
Lebih tenaga, bersih dan sihat. Peluang hamil lebih tinggi untuk wanita yang sukar hamil, Insya Allah, memekat, menyihat serta menyuburkan mani.

Kebaikan Kandungan Jus Qaseh


1. KURMA

a. Yang Dipilih Para Rasul

Lebih 1400 tahun buah yang berkhasiat ini dianugerahkan kepada manusia dikenali menurut sejarah. Masyarakat seluruh dunia kini mengiktiraf buah yang tahan lasak atas kemampuannya tumbuh di padang pasir dari Timur Tengah Arab ini sebagai makanan wajib harian atas keberkesanannya dalam memberi tenaga, membantu memperkemaskan sistem fungsi tubuh dan otak.

b. Sejarah

Dalam sejarah Islam, antara fakta yang amat popular mengenai kurma yang amat tinggi khasiat ini adalah catatan sejarah Saidatina Maryam Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa Alaihissalam dirakam di dalam Al-Quran; (Ketika ia hendak bersalin) maka kesakitan itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 23]

Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya: "Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 24]

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 25 - 26]

c. Kurniaan umpama hadiah dari Allah untuk kita

Jika dari sudut logik akal manusia, seorang ibu yang baru bersalin perlu mengamalkan gabungan pelbagai jenis makanan untuk menggantikan kembali kepada si ibu yang kehilangan banyak naga dan darah, tetapi kesemua itu Allah lengkapkan hanya dengan satu jenis makanan yakni Kurma.

Kurma tinggi kandungan Thiamin (Vitamin B1) yang mana digunakan dalam perawatan sebagai pencuci bagi mengatasi masalah usus. Dalam bentuk cecair, sirup dan kanji, kurma mampu membantu mengatasi masalah sakit tekak, selsema, katar bronkus dan diambil untuk meredakan demam dan pelbagai masalah berkaitannya. Ia juga satu amalan tradisional yang dipercayai mampu mengatasi masalah toksin alkohol. Biji kurma juga digunakan dalam beberapa rawatan tradisional. Kebiasaannya seorang Ibu perlu berpantang pelbagai jenis makanan semasa hamil dan selepas bersalin bagi memastikan badan Ibu dan bayi berada dalam situasi terbaik.

Jika kurma amat sesuai untuk ibu-ibu hamil dan selepas bersalin dalam menambah tenaga, darah yang berkurangan dan sistem pencernaan yang terbaik, sudah pasti ia baik untuk diamalkan oleh semua golongan usia..!

Allah Subhanahu Wataala memerintahkan Saidatina Maryam Alaihissalam memakan buah kurma, sudah pasti ia adalah kurniaan terbaik dariNya dengan berfirman kepada Saidatina Maryam Alaihissalam; bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan.

Bayangkan seorang Ibu yang bersalin keseorangan di padang pasir yang terpencil tanpa bantuan orang lain. Dalam keadaannya yang lemah lagi tidak berdaya akibat bertarung nyawa dalam melahirkan anaknya, kehilangan tenaga dan kehilangan darah yang banyak sekali.

d. Keberkatan

Makanan Pilihan Rasul, Ulama & Ahli Ibadah

Daripada Salman ibn 'Aamir, Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu barakah (berkat), kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci. (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman adalah buah tamar (Hadis riwayat Abu Daud)

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya:

"Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya (bertahnik) dengan buah kurma. (dijelaskan tambahan dalam riwayat Imam Bukhari) maka Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam mendoakan kebaikan dan mendoakan keberkatan baginya, lalu menyerahkan kembali kepadaku." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

e. Kesihatan & Kekuatan Jasmani & Ruhani

Kurma Menenangkan Perasaan

Di dalam Al-Quran Surah Maryam Ayat 26, Allah Subhanahu Wataala berfirman kepada Saidatina Maryam Alaihissalam; bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Cuba renungkan bukti saintifik ini yang ditemui oleh mereka yang pakar;

Amalan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam memakan tamar (kurma) adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan. -Dr Suriya Osman.

Kurma Memelihara Kesihatan

Berdasarkan kajian kimia dan fisiologi Dr Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, data berikut diperoleh

•Memakan ruthab dan atau tamar ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan.

•Penyakit anemia (kurang darah) akan berkurangan dan tubuh tidak pucat.

•Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam ruthab dan tamar yang banyak itu menjadikan proses mencerna dan menyerap di dalam badan sangat mudah.

•Ia berserat tinggi, mengandungi kalsium, potassium, folate, vitamin A, B, B1, B2, B3 C dan E, bebas lemak dan bebas kolestrol.

•Amat Membantu Dalam Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis.

"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". Prof. Madya Aslah Zain.


2. AIR ZAM-ZAM

a. Air Yang Mulia Lagi Diberkati

Dalam peristiwa penuh bersejarah tatkala bunda Nabi Ismail Alaihissallam, Siti Hajar Alaihissalam berulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah, mencari bantuan di tengah padang pasir Makkah yang terik lagi kering bagi mendapatkan bekalan, Allah Subhanahu Wata'ala menerbitkan Air Zam-Zam berhampiran Kaabah yang sehingga kini dapat dinikmati oleh jutaan umat Islam seluruh dunia.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

Air yang paling baik di permukaan bumi adalah Air Zam-Zam. Ia mengandungi makanan yang bergizi dan menyembuhkan penyakit Hadis Riwayat At Tabrani

Air Zam-Zam dicipta Allah Subhanahu Wata'ala bersifat alkali. Tanpa perlu diproses dan ditambah sesuatu, ia merupakan air yang paling berkualiti, suci, bersih lagi berkhasiat. Ia diberkati dan mengenyangkan.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Zam-Zam diberkati dan mengandungi makanan bergizi Hadis Riwayat Muslim

b. Diminum dengan tujuan (niat)

Manfaat meminum Air Zam-Zam adalah semasa kita meminumnya dengan niat. Dan berniatlah bersungguh-sungguh. Sepertimana pesan baginda;

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

Air Zam-Zam sesuai dengan tujuan orang yang meminumnya Hadis Riwayat Ibnu Majah



3. ZA'FFARAN

a. Raja Segala Rempah

Gelaran Raja Segala Rempah adalah kerana keberkesanannya dalam menyumbang penyelesaian masalah kesihatan dan tak lupa juga kerana harganya yang senilai dengan harga emas dipasaran!

Dalam kitab Perubatan Saidina Ali Thib Al Imam Ali halaman 381:

Sesiapa yang mengambil Zaffran tulen dan Sudun satu bahagian dicampurkan dengan Madu, diminum sebanyak dua misqal(sudu) pada setiap hari, dia dikagumi akan daya ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.
Selain meningkatkan daya ingatan, Zaffaran juga dipercayai dapat mengatasi masalah usus, penyakit wabak kulit bubonic plague dan cacar yangmana juga hasil ujikaji menunjukkan Zaffran berpotensi sebagai anti-kanser dan agen awet muda.

b. Manfaatnya

•Melancarkan sistem daya ingatan

•Melancarkan sistem saraf

•Meningkatkan daya tahan penyakit dari serangan bakteria




4. BUAH TIIN

a. Tiada Keraguan Akan Manfaatnya

Allah berfirman: Demi Buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman..

Buah Tiin kaya dengan serat dan pelbagai vitamin dan mineral di dalamnya yang memberi manfaat kepada tubuh sehingga sendi-sendi mampu diperkuatkan..

b. Umpama Hadiah Dari Syurga

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Makanlah kamu semua dan makan darinya (Buah Tiin), sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam lagi. Sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata Inilah buahnya. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi.

Antara manfaatnya adalah:

•Mengimbangi tekanan darah

•Merendahkan tahap kolestrol

•Membantu mencapai berat badan yang seimbang dan ideal

•Membantu mengatasi angin ahmar

•Mencegah penyakit kencing manis

•Memerangi penyakit kanser

•Mencegah serangan ghout, sembelit dan buasir



5. MADU LEBAH

Dalam sejarah Islam fakta Madu yang amat popular dirakam di dalam Al-Quran [16] Surah An-Nahl [Ayat 69] melalui perintah Allah Subhanahu Wata'ala kepada lebah;

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

a. Penyembuh Yang Mujarab

Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran Riwayat Ibnu Majah

Kita perlu mengambil Madu setiap hari untuk kekal sihat kerana ia bukan sekadar membekalkan banyak zat malah juga didapati boleh meningkatkan tenaga, merangsang dan memperbaiki aliran darah.

b. Kuasa Mencerdaskan Otak

Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar Madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak.

c. Antioksida & Menghenti Serangan Bakteria

Sungguh menarik, Madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan luaran. Kajian penyelidik Universiti Wales mendapati bahawa Madu boleh menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka dan menghalang jangkitan daripda terus merebak. Benarlah seperti pesan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam;

Dari Abu Hurairah, kata beliau: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.

Secara umumnya setiap titis Madu mengandungi:

•Vitamin - A, B1, B2, B3, C, D, E dan K.

•Garam Galian - Kalsium, Fosforus, Sulfur, Zat Besi, Karbon, Magnesium, Natrium, Kalium, Klorin, Iodin, Kuprum, Mangan, Silika.

•Beta Karoten

•Gula - Glukosa, Fruktosa dan Sakarin.

Antara manfaat Madu yang lain ialah:

•Membekalkan tenaga segera, Gula dalam Madu mudah dihadam dan sebagai sumber dan memulihkan tenaga.

•Membantu melawaskan sistem pencernaan

•Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik

•Mencergaskan dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak.

•Mengurangkan kesakitan kulit terbakar

•Mengurangkan parut

•Merangsang pertumbuhan sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka.


6. BUAH ZAITUN
a. Sarinya Tinggi Berzat & Bercahaya

Allah berfirman: Demi Buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman.

..lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya.. Al-Quran [24] Surah An-Nur [Ayat 35]

Banyak kajian ke atas Buah Zaitun memberi hasil yang memberangsangkan. Ia dipilih antara makanan yang banyak memberi manfaat bukan sahaja sebagai pengganti minyak dalam masakan, malah atas keberkesanannya mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang dianggap sebagai penyakit utama masakini.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga bersabda:

Gunakanlah sari Zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati- Riwayat At Tirmizi dan Ibnu Majah

b. Manfaatnya

•Membantu mengatasi masalah darah tinggi

•Merendahkan tahap kolestrol berbahaya

•Mengurangkan risiko serangan kanser

•Menyihatkan kulit

•Mengurangi terjadinya Trombosis dan Arterioklerosis (Pembuluh Darah Tersumbat dan Sempit)


7. HABBATUS SAUDA'
a. Penawar Segala Jenis Penyakit

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan As Sam. Para sahabat bertanya Ya Rasulullah, apakah itu As-Sam..? Jawab Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam; As Sam itu adalah mati..

Sehingga ke hari ini Habbatus Sauda terus menerus memberikan kejutan kepada pakar perubatan atas keberkesanannya dalam mengatasi masalah kesihatan yang kronik.

Keupayaannya dalam melawan bakteria dan hampir semua masalah kesihatan kronik berkaitan kulit, saraf, darah, gula, jantung dan organ-organ dalam yang lain, pakar perubatan mengakui daya penawar yang terdapat padanya.


8. GINKGO BILOBA

a. Kemampuannya Unik

Ginkgo mengandungi flavanoid glycosides dan terpenoids (ginkgodes, bilobades) dan digunakan secara farmaseutikal. Banyak juga yang menyatakan kemampuan nootropic atau nutrisi-bijak yang keutamaannya berfungsi sebagai penguat daya ingatan dan anti-vertiga (mabuk laut, gayat dan seumpamanya)

Antara tiga kesan utamanya adalah

1.Meningkatkan pelancaran darah (termasuk kitaran-mikro yakni saraf halus kebanyakan tisu dan organ yang tersumbat.

2.Melindungi tindakbalas sel beroksida yang rosak dari radikal bebas

3.Menghalang banyak kesan PAF (platelet aggregation, blood clotting) yakni darah menjadi pekat dan menyebabkan saluran tersumbat. Masalah ini menyumbang peningkatan masalah kardiovaskular, buah pinggang, pernafasan. Ginkgo juga dipercayai dapat membantu masalah kekejangan saraf.


9. DAUN SIRIH
a. Daun Ajaib Seribu Daya

Herba pusaka warisan ini mempunyai seribu daya sebagai sumber kecantikan dan perubatan tradisional Melayu dan juga sering diguna dalam majlis adat istiadat Melayu.

Dalam dunia perubatan tradisional Melayu, ia mendahului herba-herba tempatan yang lain kerana sinonim dengan adat istiadat. Keberkesanannya dalam mengatasi pelbagai masalah kesihatan juga tidak dapat dinafikan.

Hasil kajian saintifik membuktikan Sireh mengandungi komponen-komponen aktif yang sangat tinggi nilainya seperti antioksidan, astrigen ,ekspektoran, euginol, flavonoid, hydroxyl cavicol, polyphenol, sialagoga dan banyak lagi yang penting dalam bidang perubatan herba untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh.



Cara dan Kaedah Mengamalkan Jus Qaseh

Jus Qaseh adalah gabungan makanan sunnah dan pelbagai herba. Ia diproses di bawah piawaian Islamic Manufacturing Practice ( Amalan Pengilangan Islamiyah) yang diperindah dan dipertenaga dengan bacaan doa-doa.
Goncang dulu sebelum minum.
Tidak perlu dibancuh. Gunakan sudu plastik.
Bagi pengamal biasa, 2 sudu pagi dan 2 sudu malam.
Bagi tujuan rawatan, 3 sudu pagi dan 3 sudu malam.
Jarakkan sudu dari tudung botol semasa dituangkan ke sudu. Kemaskan penutup botol setelah diguna.
Simpan di tempat bersuhu dingin setelah dibuka. Jauhi sinaran terus matahari. Tindak balas dari segi rasa boleh berlaku jika terdedah namun ia boleh diambil dan tidak menjejaskan.
Kaedah Amalan Untuk Kesan terbaik
Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, rajin-rajinlah perkasakan dan pertenagakan Jus Qaseh dengan bacaan Nur Qaramah Ayatul Quranul Karim serta doa-doa Al-Hadith atau hidangkan Syahadah, Bismillah, Suratul Fatihah, Ayatul Kursi, 3 Qul, Zikrullah, dan selawat ke atas jus Qaseh ini bagi memantapkan zarahnya. Serta berniatlah untuk kebaikan dan berdoalah kepada Allah SWT.
Berniatlah dan berdoalah sebaik mungkin dalam tujuan untuk memudahkan beramal ibadah atau apa sahaja niat dan doa yang baik-baik kerana produk ini mengandungi air zam-zam.
Jauhi Jus Qaseh ini daripada gangguna muzik. Jika tidak dapat dielakkan, pertenagakan semulaJus Qaseh ini seperti yang diterangkan di atas. Boleh juga dibawa ke majlis-majlis alunan Al-Quran, Bacaan Yasin dan doa.

No comments:

Post a Comment

SEBARANG PERTANYAAN DI SINI

Name:
Email Address:

Click here to create your own form.